Isnin, 14 Mac 2011

Protokol CPR Guideline 2010 D.R.C.A.B..... dulu Protokol CPR Guideline 2005 D.R.A.B.C....



Definisi :-

  • Satu tindakan bantuan bagi memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan menggunakan teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar) dan bantuan pernafasan.

CLINICAL DEATH (KEMATIAN KLINIKAL)

  • Terhenti pernafasan dan denyutan jantung seketika.( Dalam masa 0-4 minit, harapan pulih 25-30%).

BIOLOGICAL DEATH (KEMATIAN BIOLOGI)

  • Kematian sebenar berikut kekurangan oksigen ke otak dan sel-sel otak mati dan mangsa akan mengalami proses kematian sebenarnya.( Selepas 4 minit, harapan pulih 5-10%).

INDIKASI CPR

  • Sistem Pernafasan terhenti.
  • Jantung terhenti.

PUNCA PERNAFASAN TERHENTI

  • Lemas
  • Keracunan Makanan
  • Tercekik
  • Strok
  • Renjatan Elektrik
  • Terhidu Asap beracun
  • Radang Salur pernafasan yang menyebabkan ia tersumbat.

PUNCA JANTUNG TERHENTI

  • Sakit Jantung.
  • Jantung bengkak.
  • Denyutan dan rentak jantung tidak normal.

PERINGKAT KEMATIAN

  • Jantung dan paru-paru gagal berfungsi.
  • Sel-sel otak menggunakan saki baki oksigen yang ada.
  • Kematian klinikal / tiada lagi saki bagi oksigen.
  • Sel-sel otak mula mati.
  • Semua sel-sel otak telah mati.
  • Kematian biologikal.

MANGSA JANTUNG TERHENTI

DANGER / BAHAYA

-Lihat sekeliling

RESPON - Aktifkan EMS

Periksa Nadi

Guideline 2005 D.R.A.B.C

•2 Hembusan penyelamat

*30 Tekananan 2 hembusan

* A.E.D.-Automated External Defibrillator

CPR Guideline 2010 D.R.C.A.B (Kini)

Mahir

*30 Tekanan 2 hembusan

*5 Kitaran (kedalaman 2 inci)

*A.E.D.-Automated External Defibrillator

Tidak Mahir

*Buat Tekanan terus ke dada

*Tekanan 100/minit atau lebih atau hingga Bantuan sampai.

PROTOKOL C.P.R 2000

  • D - DANGER
  • R - RESPOND
  • A - AIRWAYS
  • B - BREATHING
  • C - CIRCULATION

PROTOKOL C.P.R 2010

  • D - DANGER
  • R - RESPOND
  • C - CHEST COMPRESSION
  • A - AIRWAYS
  • B - BREATHING

DANGER / BAHAYA

  • Periksa kawasan persekitaran untuk menghindarkan sebarang bahaya yang boleh mencederakan diri anda sendiri ataupun mangsa tersebut. 

RESPOND/KEJUT

  • Tepuk bahu mangsa untuk mengenal pasti tahap kesedaran.“Encik… Encik.. kenapa ni”?Jika tiada reaksi, ini bermakna mangsa itu memerlukan pertolongan kecemasan. Aktifkan E.M.S.

PERIKSA NADI

  • Periksa mangsa untuk denyutan jantung dengan meletakkan dua jari anda pada nadi karotidnya selama 10 saat.

CHEST COMPRESSIONS/TEKANAN DADA

  • Jika tiada nadi:

Mulakan tekanan di atas dada Dengan 30 Tekanan dan 2 Hembusan sebanyak 5 kitaran bagi yang mahir atau 100 tekanan seminit bagi yang tidak mahir.

AIRWAY/SALURAN PERNAFASAN

  • HEAD TILT CHIN LIFT

“Angkatkan dagu dan donggakkan kepala”

bagi membuka saluran pernafasan

BREATHING/PERNAFASAN

Berikan 2 hembusan pernafasan mulut ke mulut. Tiup ke dalam mulut mangsa perlahan-lahan sehingga anda dapat melihat dada mangsa naik setiap hembusan.

C.A.B TIDAK BOLEH DILAKUKAN KEPADA:

  • Mangsa yang lemas didalam air
  • Mangsa yang terhidu Gas Karbon monoxide atau Gas beracun
  • Penderita asthma
  • Mangsa yang mengambil ubat-ubatan secara berlebihan
  • Mangsa yang telah disahkan mati lebih dari ½ jam.
  • Mangsa yang memakai gelang DNAR (Do Not Attemp Resuscitation)

KEPADA SIAPA C.A.B. HARUS DILAKUKAN

  • Mangsa yang mengidap sakit jantung atau lain-lain masalah yang berkaitan dengan jantung.
  • Mangsa tyang baru tidak sedarkan diri.
  • Mangsa yang baru lepas mengalami serangan jantung.
  • Mangsa tidak diketahui punca pengsan dan tiada respon secara tiba-tiba.

MASALAH YANG TIMBUL SEMASA CPR DILAKUKAN:-

  • Kemungkinan akan berlaku kecederaan pada tulang rusuk
  • Kecederaan serius akan berlaku pada bahagian dalaman di kawasan dada (paru-paru, limpa) sekiranya tulang rusuk patah
  • Berlaku pendarahan dalaman

“LEBIH BAIK MANGSA CEDERA DARIPADA MATI TANPA SEBARANG BANTUAN”

Danger/Bahaya

Respond/Kejut

Periksa nadi

Chest Compression/Tekanan dada

Chest Compression/Tekanan dada

Airways/Saluran pernafasan

Breathing/Pernafasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan