Protokol CPR Guideline 2010 D.R.C.A.B..... dulu Protokol CPR Guideline 2005 D.R.A.B.C....
Definisi :-
- Satu tindakan bantuan bagi memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan menggunakan teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar) dan bantuan pernafasan.
CLINICAL DEATH (KEMATIAN KLINIKAL)
- Terhenti pernafasan dan denyutan jantung seketika.( Dalam masa 0-4 minit, harapan pulih 25-30%).
BIOLOGICAL DEATH (KEMATIAN BIOLOGI)
- Kematian sebenar berikut kekurangan oksigen ke otak dan sel-sel otak mati dan mangsa akan mengalami proses kematian sebenarnya.( Selepas 4 minit, harapan pulih 5-10%).
INDIKASI CPR
- Sistem Pernafasan terhenti.
- Jantung terhenti.
PUNCA PERNAFASAN TERHENTI
- Lemas
- Keracunan Makanan
- Tercekik
- Strok
- Renjatan Elektrik
- Terhidu Asap beracun
- Radang Salur pernafasan yang menyebabkan ia tersumbat.
PUNCA JANTUNG TERHENTI
- Sakit Jantung.
- Jantung bengkak.
- Denyutan dan rentak jantung tidak normal.
PERINGKAT KEMATIAN
- Jantung dan paru-paru gagal berfungsi.
- Sel-sel otak menggunakan saki baki oksigen yang ada.
- Kematian klinikal / tiada lagi saki bagi oksigen.
- Sel-sel otak mula mati.
- Semua sel-sel otak telah mati.
- Kematian biologikal.
MANGSA JANTUNG TERHENTI
DANGER / BAHAYA
-Lihat sekeliling
RESPON - Aktifkan EMS
Periksa Nadi
Guideline 2005 D.R.A.B.C
•2 Hembusan penyelamat
*30 Tekananan 2 hembusan
* A.E.D.-Automated External Defibrillator
CPR Guideline 2010 D.R.C.A.B (Kini)
Mahir
*30 Tekanan 2 hembusan
*5 Kitaran (kedalaman 2 inci)
*A.E.D.-Automated External Defibrillator
Tidak Mahir
*Buat Tekanan terus ke dada
*Tekanan 100/minit atau lebih atau hingga Bantuan sampai.
PROTOKOL C.P.R 2000
- D - DANGER
- R - RESPOND
- A - AIRWAYS
- B - BREATHING
- C - CIRCULATION
PROTOKOL C.P.R 2010
- D - DANGER
- R - RESPOND
- C - CHEST COMPRESSION
- A - AIRWAYS
- B - BREATHING
DANGER / BAHAYA
- Periksa kawasan persekitaran untuk menghindarkan sebarang bahaya yang boleh mencederakan diri anda sendiri ataupun mangsa tersebut.
RESPOND/KEJUT
- Tepuk bahu mangsa untuk mengenal pasti tahap kesedaran.“Encik… Encik.. kenapa ni”?Jika tiada reaksi, ini bermakna mangsa itu memerlukan pertolongan kecemasan. Aktifkan E.M.S.
PERIKSA NADI
- Periksa mangsa untuk denyutan jantung dengan meletakkan dua jari anda pada nadi karotidnya selama 10 saat.
CHEST COMPRESSIONS/TEKANAN DADA
- Jika tiada nadi:
Mulakan tekanan di atas dada Dengan 30 Tekanan dan 2 Hembusan sebanyak 5 kitaran bagi yang mahir atau 100 tekanan seminit bagi yang tidak mahir.
AIRWAY/SALURAN PERNAFASAN
- HEAD TILT CHIN LIFT
“Angkatkan dagu dan donggakkan kepala”
bagi membuka saluran pernafasan
BREATHING/PERNAFASAN
Berikan 2 hembusan pernafasan mulut ke mulut. Tiup ke dalam mulut mangsa perlahan-lahan sehingga anda dapat melihat dada mangsa naik setiap hembusan.
C.A.B TIDAK BOLEH DILAKUKAN KEPADA:
- Mangsa yang lemas didalam air
- Mangsa yang terhidu Gas Karbon monoxide atau Gas beracun
- Penderita asthma
- Mangsa yang mengambil ubat-ubatan secara berlebihan
- Mangsa yang telah disahkan mati lebih dari ½ jam.
- Mangsa yang memakai gelang DNAR (Do Not Attemp Resuscitation)
KEPADA SIAPA C.A.B. HARUS DILAKUKAN
- Mangsa yang mengidap sakit jantung atau lain-lain masalah yang berkaitan dengan jantung.
- Mangsa tyang baru tidak sedarkan diri.
- Mangsa yang baru lepas mengalami serangan jantung.
- Mangsa tidak diketahui punca pengsan dan tiada respon secara tiba-tiba.
MASALAH YANG TIMBUL SEMASA CPR DILAKUKAN:-
- Kemungkinan akan berlaku kecederaan pada tulang rusuk
- Kecederaan serius akan berlaku pada bahagian dalaman di kawasan dada (paru-paru, limpa) sekiranya tulang rusuk patah
- Berlaku pendarahan dalaman
“LEBIH BAIK MANGSA CEDERA DARIPADA MATI TANPA SEBARANG BANTUAN”