Ahad, 28 Februari 2010

Rescue Tampin 999

"AKTA PERTAHANAN AWAM 1951"
(Disemak 1979)
Seksyen 2 : "PERTAHANAN AWAM" meliputi apa-apa langkahyang tidak terjumlah kombat sebenar (tanpa penggunaan senjata api) bagi mengadakan pertahanan terhadap apa-apa bentuk serangan permusuhan atau bagi menahan apa-apa bentuk serangan permusuhan daripada keseluruhan dan sebahagian daripada akibatnya samada langkah itu diambil sebelum masa, semasa atau selepas masa serangan itu.

Seksyen 8(1) : Ketua Pengarah Pertahanan Awam dengan persetujuan Menteri boleh mengarah angkatan atau perkhidmatan Pertahanan Awam atau mana-mana bahagian daripadanya untuk digunakan khidmat bagi melakukan apa-apa kerja bantuan atau memberi perlindungan kepada, atau mengambil langkah-langkah bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta penduduk awam sekiranya berlaku apa-apa bencana atau bencana yang akan menimpa atau bagi melaksanakanatau memudahkan pemulihan mereka selepas bencana itu.
Perkhidmatan Pertahanan Awam
  • Pra Bencana
  • Semasa Bencana
  • Pasca Bencana

Sebahagian perkhidmatan yang diberi ketika Pra Bencana (semasa aman) :

  • sakit
  • kemalangan jalan raya
  • bencana
  • lemas
  • cubaan bunuh diri
  • memusnahkan sarang serangga
  • menangkap ular
  • khidmat masyarakat
  • pertolongan cemas dan lain lain

VISI

Menjadi Agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.

MISI

Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.

MOTO

SEDIA -PANTAS-BERINTEGRITI

OBJEKTIF

  • Mengurangkan risko akibat bencana

- Latihan kepada orang awam

- Sistem amaran bencana

- Pusat-pusat perlindungan

  • Respond kepada bencana

- Menubuhkan Pasukan-pasukan Tindakan Awalan (First Responder)

- Perkhidmatan Kecemasan

  • Pemulihan

- Pembersihan

- Pembangunan semula

Objektif Jabatan Pertahanan Awam Malaysia




  1. Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).


  2. Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)a Akta 221.


  3. Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221