Isnin, 14 Mac 2011

Protokol CPR Guideline 2010 D.R.C.A.B..... dulu Protokol CPR Guideline 2005 D.R.A.B.C....



Definisi :-

  • Satu tindakan bantuan bagi memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan menggunakan teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar) dan bantuan pernafasan.

CLINICAL DEATH (KEMATIAN KLINIKAL)

  • Terhenti pernafasan dan denyutan jantung seketika.( Dalam masa 0-4 minit, harapan pulih 25-30%).

BIOLOGICAL DEATH (KEMATIAN BIOLOGI)

  • Kematian sebenar berikut kekurangan oksigen ke otak dan sel-sel otak mati dan mangsa akan mengalami proses kematian sebenarnya.( Selepas 4 minit, harapan pulih 5-10%).

INDIKASI CPR

  • Sistem Pernafasan terhenti.
  • Jantung terhenti.

PUNCA PERNAFASAN TERHENTI

  • Lemas
  • Keracunan Makanan
  • Tercekik
  • Strok
  • Renjatan Elektrik
  • Terhidu Asap beracun
  • Radang Salur pernafasan yang menyebabkan ia tersumbat.

PUNCA JANTUNG TERHENTI

  • Sakit Jantung.
  • Jantung bengkak.
  • Denyutan dan rentak jantung tidak normal.

PERINGKAT KEMATIAN

  • Jantung dan paru-paru gagal berfungsi.
  • Sel-sel otak menggunakan saki baki oksigen yang ada.
  • Kematian klinikal / tiada lagi saki bagi oksigen.
  • Sel-sel otak mula mati.
  • Semua sel-sel otak telah mati.
  • Kematian biologikal.

MANGSA JANTUNG TERHENTI

DANGER / BAHAYA

-Lihat sekeliling

RESPON - Aktifkan EMS

Periksa Nadi

Guideline 2005 D.R.A.B.C

•2 Hembusan penyelamat

*30 Tekananan 2 hembusan

* A.E.D.-Automated External Defibrillator

CPR Guideline 2010 D.R.C.A.B (Kini)

Mahir

*30 Tekanan 2 hembusan

*5 Kitaran (kedalaman 2 inci)

*A.E.D.-Automated External Defibrillator

Tidak Mahir

*Buat Tekanan terus ke dada

*Tekanan 100/minit atau lebih atau hingga Bantuan sampai.

PROTOKOL C.P.R 2000

  • D - DANGER
  • R - RESPOND
  • A - AIRWAYS
  • B - BREATHING
  • C - CIRCULATION

PROTOKOL C.P.R 2010

  • D - DANGER
  • R - RESPOND
  • C - CHEST COMPRESSION
  • A - AIRWAYS
  • B - BREATHING

DANGER / BAHAYA

  • Periksa kawasan persekitaran untuk menghindarkan sebarang bahaya yang boleh mencederakan diri anda sendiri ataupun mangsa tersebut. 

RESPOND/KEJUT

  • Tepuk bahu mangsa untuk mengenal pasti tahap kesedaran.“Encik… Encik.. kenapa ni”?Jika tiada reaksi, ini bermakna mangsa itu memerlukan pertolongan kecemasan. Aktifkan E.M.S.

PERIKSA NADI

  • Periksa mangsa untuk denyutan jantung dengan meletakkan dua jari anda pada nadi karotidnya selama 10 saat.

CHEST COMPRESSIONS/TEKANAN DADA

  • Jika tiada nadi:

Mulakan tekanan di atas dada Dengan 30 Tekanan dan 2 Hembusan sebanyak 5 kitaran bagi yang mahir atau 100 tekanan seminit bagi yang tidak mahir.

AIRWAY/SALURAN PERNAFASAN

  • HEAD TILT CHIN LIFT

“Angkatkan dagu dan donggakkan kepala”

bagi membuka saluran pernafasan

BREATHING/PERNAFASAN

Berikan 2 hembusan pernafasan mulut ke mulut. Tiup ke dalam mulut mangsa perlahan-lahan sehingga anda dapat melihat dada mangsa naik setiap hembusan.

C.A.B TIDAK BOLEH DILAKUKAN KEPADA:

  • Mangsa yang lemas didalam air
  • Mangsa yang terhidu Gas Karbon monoxide atau Gas beracun
  • Penderita asthma
  • Mangsa yang mengambil ubat-ubatan secara berlebihan
  • Mangsa yang telah disahkan mati lebih dari ½ jam.
  • Mangsa yang memakai gelang DNAR (Do Not Attemp Resuscitation)

KEPADA SIAPA C.A.B. HARUS DILAKUKAN

  • Mangsa yang mengidap sakit jantung atau lain-lain masalah yang berkaitan dengan jantung.
  • Mangsa tyang baru tidak sedarkan diri.
  • Mangsa yang baru lepas mengalami serangan jantung.
  • Mangsa tidak diketahui punca pengsan dan tiada respon secara tiba-tiba.

MASALAH YANG TIMBUL SEMASA CPR DILAKUKAN:-

  • Kemungkinan akan berlaku kecederaan pada tulang rusuk
  • Kecederaan serius akan berlaku pada bahagian dalaman di kawasan dada (paru-paru, limpa) sekiranya tulang rusuk patah
  • Berlaku pendarahan dalaman

“LEBIH BAIK MANGSA CEDERA DARIPADA MATI TANPA SEBARANG BANTUAN”

Danger/Bahaya

Respond/Kejut

Periksa nadi

Chest Compression/Tekanan dada

Chest Compression/Tekanan dada

Airways/Saluran pernafasan

Breathing/Pernafasan

Rabu, 2 Mac 2011

2010.. Johan Menyelamat Aras Tinggi di Telok Batik..






2010...
Aku memimpin sekali lagi.... Pasukan "Menyelamat Aras Tinggi" dan sekali ini aku membawa anggota pasukan yang masih hijau/baru dengan harapan agar mereka mematuhi setiap arahan dan tugasan yang diberikan. Mereka ini termasuk 3 orang anggota Tampin. Allhamdulillah ! Pasukan yang baru ini dengan bantuan saat akhir En Zaki yang baru bertukar dari Jengka telah pun menghasilkan kejayaan !
~by : NASARUDIN ABU BAKAR ~

N9 2009... Misi menawan Terengganu ! Kami Boleh !




Kami datang ke Terengganu dengan bekalan semangat juang yang tinggi ! Mengharapkan kejayaan dicapai gapai... bukan hanya angan yang kosong. Dengan sokongan padu oleh Pengarah Negeri YS Tuan Mat Zin Bin Bujang.. Allhamdulillah ! N9 tidak pulang dengan tangan kosong ! Dan apa yang lebih membanggakan aku mendapat kerjasama dari peringkat anggota pasukan yang berdisplin, yang mahukan kejayaan. Aku memikul tugasan yang berat untuk membawa kejayaan itu sebagai Pegawai Pasukan Kawad Negeri dan Ketua Kontijen Negeri. "Datang membawa harapan... pulang membawa kejayaan !" N9 Johan Keseluruhan 2009 !
~BY NASARUDIN ABU BAKAR~

Dalam Kenangan... N9 yang kutinggalkan...




N9 dalam Kenangan....
2008... Pertama kali mewakili N9 di Kuantan Pahang. Kami gagal hanya kerana masallah kurang kerjasama dari segi 'menerima arahan' dalam melaksanakan tugasan yang diberikan... menjadikan satu pengajaran yang berharga dalam mencapai sesuatu kejayaan.
~BY NASARUDIN ABU BAKAR~

Ahad, 28 Februari 2010

Rescue Tampin 999

"AKTA PERTAHANAN AWAM 1951"
(Disemak 1979)
Seksyen 2 : "PERTAHANAN AWAM" meliputi apa-apa langkahyang tidak terjumlah kombat sebenar (tanpa penggunaan senjata api) bagi mengadakan pertahanan terhadap apa-apa bentuk serangan permusuhan atau bagi menahan apa-apa bentuk serangan permusuhan daripada keseluruhan dan sebahagian daripada akibatnya samada langkah itu diambil sebelum masa, semasa atau selepas masa serangan itu.

Seksyen 8(1) : Ketua Pengarah Pertahanan Awam dengan persetujuan Menteri boleh mengarah angkatan atau perkhidmatan Pertahanan Awam atau mana-mana bahagian daripadanya untuk digunakan khidmat bagi melakukan apa-apa kerja bantuan atau memberi perlindungan kepada, atau mengambil langkah-langkah bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta penduduk awam sekiranya berlaku apa-apa bencana atau bencana yang akan menimpa atau bagi melaksanakanatau memudahkan pemulihan mereka selepas bencana itu.
Perkhidmatan Pertahanan Awam
  • Pra Bencana
  • Semasa Bencana
  • Pasca Bencana

Sebahagian perkhidmatan yang diberi ketika Pra Bencana (semasa aman) :

  • sakit
  • kemalangan jalan raya
  • bencana
  • lemas
  • cubaan bunuh diri
  • memusnahkan sarang serangga
  • menangkap ular
  • khidmat masyarakat
  • pertolongan cemas dan lain lain

VISI

Menjadi Agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.

MISI

Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.

MOTO

SEDIA -PANTAS-BERINTEGRITI

OBJEKTIF

  • Mengurangkan risko akibat bencana

- Latihan kepada orang awam

- Sistem amaran bencana

- Pusat-pusat perlindungan

  • Respond kepada bencana

- Menubuhkan Pasukan-pasukan Tindakan Awalan (First Responder)

- Perkhidmatan Kecemasan

  • Pemulihan

- Pembersihan

- Pembangunan semula

Objektif Jabatan Pertahanan Awam Malaysia




  1. Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).


  2. Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)a Akta 221.


  3. Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221